Jangan rungsing. meh saya kongsi cara2 nak ambik balik sijil yang hilang. kalo korang rajin dan perlukan sijil itu dengan segera aku cadangkan korang g terus ke Lembaga Peperiksaan. dia proses dalam masa 1jam jer.
Panduan Permohonan.
1. Sijil dan Pernyataan Keputusan peperiksaan awam hanya dikeluarkan sekali sahaja. 2. Lembaga Peperiksaan boleh mengeluarkan salinan keputusan sekiranya sijil / Pernyataan Keputusan asal hilang atau rosak. 3. Permohonan boleh dibuat dengan cara datang sendiri ke ibupejabat Lembaga Peperiksaan atau melalui pos. 4. Pemohon hendaklah mengisi borang LP/SIJIL/Pin 1/06 yang boleh didapati di kaunter atau boleh dimuat turun daripada laman web Lembaga Peperiksaan. 5. Bayaran proses ialah RM10.00 (Ringgit : Sepuluh sahaja) yang boleh dibayar secara tunai jika pemohon berurusan sendiri di kaunter. 6. Semua permohonan melalui pos hendaklah disertakan dengan Wang Pos atau kiriman Wang Pos bernilai RM10.00 (Ringgit: Sepuluh sahaja) atas nama Pengarah Peperiksaan. Cek Persendirian tidak diterima. 7. Pemohon digalakkan melampirkan salinan sijil atau Pernyataan Keputusan sekiranya ada.
MAKLUMAT UMUM KAUNTER PERKHIDMATAN
1. Kaunter urusan dibuka pada setiap hari bekerja.
2. Waktu urusan adalah seperti berikut: (i) Isnin hingga Khamis : 8.30 pg – 4.30 ptg (ii) Jumaat : 8.30 pg – 12.00 tengahari 2.45 ptg – 4.30 ptg 3. Salinan sijil SPM tahun 1994 dan selepas manakala PMR tahun 1998 dan selepas akan dikeluarkan dalam masa 1 jam bagi permohonan di kaunter LP. 4. Semua permohonan pos akan diproses dalam masa 7 hari bekerja tanpa mengira perjalanan pos. 5. Lembaga Peperiksaan tidak mengeluarkan salinan sijil UPSR. Permohon dinasihatkan menghubungi sekolah untuk urusan tersebut. 6. Lembaga Peperiksaan tidak menyimpan sijil asal calon. Calon yang tidak mengambil sijil asal dinasihatkan menghubungi sekolah atau Sektor Penilaian dan Peperiksaan Jabatan Pelajaran Negeri untuk mendapatkan sijil asal sekiranya sijil tersebut belum dituntut dalam masa 3 tahun setelah menduduki peperiksaan. 7. Permohonan melalui pos hendaklah dialamatkan kepada:
LEMBAGA PEPERIKSAAN
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BLOK E 11, KOMPLEKS E PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN PRESINT 1 62604 PUTRAJAYA (UP: UNIT KECIL SIJIL)
|
||
Friday, March 22, 2013
Hilang Sijil SPM dan PMR atau Rosak
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
thx.. n3 nie sgt mbntu sy...
ReplyDelete